Selain daripada cleaser, serum dan moisturizer, Sunblock juga amat penting untuk penjagaan kulit. Iyelah, zaman sekarang kan sinar uv makin tinggi. Kulit yang terdedah dengan sinar uv mudah dihinggap miss j dan jeragat. Nanti umur muda lagi kulit dan kerepot macam orang tua.

Apa itu SPF dan PA+?

Bila masuk watson atau mana-mana kedai drugstore, kadang-kadang confuse nak pilih sunblock yang mana sesuai. Macam-macam jenama ada. Ada yang tulis simbol ‘+’ ada yang sampai lima simbol ‘+’. Kemudian apa pula maksud SPF? Apa beza SPF30 dengan SPF50+? kalau main sauk nanti, karang tak ngam dengan kulit pula.

Begini, SPF adalah bahan yang melindungi kulit kita dari sinar uv. Semakin tinggi kandungan SPF bermaksud semakin lama tempoh sunblock itu boleh melindungi kulit kita dari sinar UV. Setiap gandaan 10 bermaksud 10 minit tempoh sunblock itu berkesan. Contohnya, sunblock cap ayam ada SPF50, darabkan sahaja dengan 10. jadinya, sunblock cap ayam itu tadi ada perlindungan selama 500 minit. selepas cukup 500 minit kita kena touch up lagi sunblock.

PA+ pula menunjukkan ketinggian sunblock boleh melindungi kulit kita dari sinar UVA. Semakin banyak simbol ‘+’, semakin tinggi sunblock itu boleh melindungi kulit kita. Tapi sunblock dengan PA++++ sahaja sudah memadai dan cukup untuk melindungi kulit.

Jadi, Sunblock apa yang sesuai untuk kita guna sepanjang travel? Sini saya kongsikan 5 sunblock terbaik yang pernah saya guna sepanjang pergi travel.

Credit foto: https://www.timeless-uk.com/products/new-arrival-make-p-rem-uv-defense-me-blue-ray-sun-cream-spf50-pa-70ml-physical-uva-uvb
  1. Make P:rem UV Defense Me Blue Ray Sun Cream

Mak aih, panjangnya nama kan? Tapi inilah the best sunblock saya pernah jumpa dan sedang guna! Lagi-lagi untuk anda yang kulit sensitif dan berminyak, anda patut cuba yang ini.

Sunblock keluaran Make P:rem ini bukan sahaja melindungi kulit dari Sinar UVC dan UVA. Tapi, apa yang specialnya, sunblock ini juga melindungi kulit kita dari infra merah. Apa yang bagus, produk ini tiada kandungan alcohol dan juga fragrace yang boleh memberi effect kulit kering.

 Harganya hanya rm65 untuk penggunaan 12 bulan. Sunblock ini tak dijual dipasaran Malaysia, anda boleh beli secara online seperti di shopee. Saya beli di akaun shopee bernama Marshearbeauty, sekejap je order dah sampai!

2. Make P:rem UV Defense me Blue Ray Sun Gel

Yang ini adik beradik dengan yang diatas tadi, bezanya Sunblock ini memberi effect kulit nampak glowing gitu. Jimat masa, tak perlu tepek bedak tebal pun tak apa. Kalau anda berkulit kering, sangat sesuai guna sunblock yang ini.

Sunblock ini mempunyai SPF50+ dan PA++++. Kalau didarab 10, Sunblock ini boleh bertahan selama 500 minit bersamaan 8 jam 30 minit. Jadi, tak perlulah nak touch up banyak kali. kecuali selepas anda cuci untuk mengambil wuduk, kenalah pakai lagi sekali kan?

Harganya dalam lingkungan RM60 hingga Rm65 sahaja. Sunblock ini tak dijual di drugstore Malaysia. Anda boleh dapatkan di Shopee atau mana-mana laman sosial yang menjual produk buatan Korea.

Credit foto: https://ph.priceprice.com/Kao-Biore-UV-Aqua-Rich-Watery-Essence-20915/

3. Biore UV Aqua Rich Watery Eccence

Yang ini sesuai untuk anda yang kulit kering. Bukan sahaja boleh melindungi kulit, malah Sunblock ini boleh bantu kulit untuk kekal hydrasi dan lembap. Sunblock ini mengandungi hyaluronic acid dan royal jelly yang membantu melembapkan muka.

Kalau anda ada plan untuk berenang atau lakukan aktiviti dalam laut, sesuailah beli Sunblock yang ini. Sebabnya, sunblock ini bersifat kalis air dan tak bercapuk.

Sublock keluaran Biore UV ini mengandungi SPF50+ dan PA++++. Anda boleh dapatkan sunblock ini dimana-mana kedai drugstore atau farmasi berdekatan. Kebiasaanya harganya dalam lingkungan Rm 29.75 hingga Rm34 sahaja.

Credit foto: https://global.clinelle.com/us/uv-defense-spf50.html

4. Clinelle UV Defense

Sama seperti Biore UV Aqua Rich Watery Eccence, Sunblock jenama Clinelle juga mengandungi hyaluronic acid. Bezanya, Sunblock ini boleh mencerahkan sedikit kulit anda kerana mengandungi licorice.

Sunblock Clinelle UV Defense merupakan sunblock sejenis Chemical Sunscreen. Chemical sunscreen ini, kerja dia memantulkan semula segala sinar jahat yang boleh merosakkan kulit. Jadi, tak adalah kulit kusam atau burn teruk selepas pergi travel kan?

Harga terakhir saya beli dalam Rm 45 sahaja di watson. Rajin-rajinlah tengok website rasmi Watson, manalah tahu ada dia ada buat sales kan, dapatlah murah lagi.

credit foto: https://shopee.com.my/Mentholatum-Sunplay-Sport-SPF-120-PA-30g-i.47759080.1414676322

5. Sunplay Sport Sun Screen

Sunscreen ini dikhaskan untuk mereka yang bermain sukan dan buat aktiviti lasak.

Tiada masalah sekiranya anda mandi berpeluh sekali pun, Sunblock ini masih lagi kekal melindungi kulit anda.

Sunblock ini boleh berikan perlindungan yang sangat lama dengan kandungan SPF120. 120 darab 10, bermakna sunblock ini berkesan selama 20 jam.

Sunblock ini dikeluarkan dengan dua saiz. Satu saiz kecil seberat 30 gram dan saiz besar seberat 90 gram. Harga pun murah aje, hanya dalam Rm19 hingga Rm 35. Wow, jauh lagi murah dari sunblock yang lain kan?

Jadi itu sahaja sunblock terbaik yang saya pernah cuba. Sunblock ini bukan kena pakai waktu travel je tau, setiap kali keluar rumah kena pakai. Barulah awet muda gitu!