Baru-baru ni, syarikat elektronik terkemuka Apple telah menarik balik beberapa model macbook keluaran 2015 hingga 2017 disebabkan masalah baterinya yang mudah panas dan berisiko terbakar. Beberapa pengguna juga membuat aduan Macbook Pro mereka berasap sewaktu bateri sedang dicaj. Hal itu sangat membimbangkan banyak pihak, hinggakan hampir serata syarikat penerbangan antarabangsa mula melarang macbook dibawa naik kedalam penerbangan.

Pada ogos lalu, Pengurusan Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) telah mengumumkan untuk melarang komputer riba Macbook Pro dibawa menaiki penerbangan sejurus tindakan Apple menarik balik keluaran produknya. Menurut FAA, pengumuman ini telah disebarkan semenjak Julai lagi sebagai langkah keselamatan. Kesatuan Eropah juga telah mengeluarkan amaran untuk mematikan macbook dan tidak menggunakannya sepanjangan penerbangan.

Tindakan ini bukan sahaja diambil oleh syarikat penerbangan antarabangsa yang lain, malah Air Asia dan Air Lines juga telah mengeluarkan notis larangan yang sama. Berdasarkan kenyataan Air Lines, pihaknya hanya membenarkan macbook dibawa masuk memalui ‘carry-on luggage’ sahaja. Untuk penumpang yang sudah menukar bateri macbook, mereka perlu kemukakan dokumentasi lengkap dan sah serta resit sebagai bukti.

Manakala Air Asia pula memberi larangan yang lebih ketat, macbook tidak dibenarkan dibawa masuk sama sekali sama ada sebagai ‘carry-on luggage’ atau bagasi berdaftar hinggalah baterinya diyakini selamat. Bukan sahaja Air Asia dan Airline sahaja yang mula menyekat kemasukkan Macbook Pro, malah syarikat penerbangan asean yang lain seperti Malindor Air, Thai Airways, Singapura Airlines dan Royal Brunei Airlines juga sudah melakukan tindakan yang sama.

Pun begitu, tidak semua Macbook Pro keluaran tahun 2015 hingga 2017 itu mengalami masalah bateri dan dilarang menaiki pesawat. Hanya model yang disyaki berbahaya sahaja dilarang dibawa menaiki pesawat, jadi anda boleh periksa model-model Macbook Pro yang dilarang menaiki pesawat melalui laman rasmi Apple. Anda juga boleh menukar bateri Macbook tu dan simpan resit untuk mendapat kebenaran membawa masuk macbook ke penerbangan.

Pihak Apple juga telah mengadakan program penukaran bateri Macbook Pro secara percuma. Anda boleh copy nombor siri Macbook anda dan paste kan sahaja pada satu ruangan di laman rasmi Apple. Sekinya anda didapati layak mendapatkan penukaran bateri secara percuma, anda boleh menghubungi pembekal sah Apple dan Macbook anda itu akan perlu dihantar ke Pusat Pekhidmatan Apple untuk tindakan lanjut.

Sebab itulah pentingnya rancang perjalanan anda sebaik mungkin, sekurangnya-kurangnya anda tahu barangan apakah yang dilarang menaiki pesawat penerbangan. Like dan sharekan maklumat berguna ini pada rakan-rakan fb anda, mana tahu posting kita mampu membantu mereka kan? Chill and stay tuned!

– Artikel ditulis oleh Aina Mardiyah