Hujung minggu lepas, saya  dan kawan-kawan memandu kereta kebal ke Kuala Terengganu.

Bagi saya, Terengganu adalah sebuah negeri yang sangat cantik. Antara tercantik di Semenanjung Malaysia. Siapa boleh lupa betapa indah pulau-pulaunya dan betapa  memikat corak batik tempatan.

Sebenarnya tujuan saya ke sana adalah untuk turut sama menyertai larian 10 km dalam Turtle Beach Run 2015. Tapi dah alang-alang sampai kan.. saya ambil kesempatan backpacker ke sana terus.

Biasanya bila orang ke Kuala Terengganu, mereka akan ke pasar payang. Shopping batik.

Tapi kebanyakan backpacker, terutama saya sendiri lah.. bukan kaki shopping. Jadi, nak ke mana?

Baik, selama 2 malam saya di sana, saya ingin cadangkan tempat menarik yang boleh kita pergi jika berada di Kuala Terengganu.

 

 

1) Pantai Batu Burok

IMG_20150606_081303

Pantai inilah saya perlu berlari 10 km. Sangat mencabar berlari di sini kerana kaki tembus ke dalam pasir yang tebal.

Kalau nak berlari dengan pantas, kena berlari di pasir yang padat dan lembab di gigi air. Paling senang kaki ayam sahaja. Tapi kat pantai ni, kawasan pasir yang padat tu tak luas sangat.

IMG_20150606_090715

Pantainya cantik juga, meskipun tak secantik pantai di Pulau Perhentian atau Pulau Redang. Ada A&W di sini. Boleh lah kalau teringin minum root beer dan mozza burger sambil berkelah di tepi pantai.

 

2) Sarapan di Warong Norazila, Kuala Ibai

IMG_20150606_105400

Terletak berhadapan dengan Istana. Ada pelbagai menu di warung yang tak macam warung ni. Dua pagi saya di sana, memang nasi daganglah pilihan saya. Nasi dan kuah ikannya memang sedap.  Tapi kawan saya makan nasi lemak dan nasi minyak, terbaik juga.

DSCF3977

Selain itu, ada lempeng kelapa yang dicicah dengan kuah kari ayam. Dan kuih ni.. saya lupa apa namanya. Nampak macam cakoi yang pendek sedikit tapi sangat sedap. Sedikit manis tapi elok-elok sahaja dengan kelembutan dohnya.

IMG_20150607_085904

Tapi air panas yang saya order di sini, rasanya bolehlah.. Kiranya yang sedap lebih kepada makanannya.

 

3) Chinatown

DSCF3906

Chinatown ni terletak di Jalan Bandar, di tengah-tengah pusat bandar dan di tepi sungai Terengganu. Ia merupakan kawasan perkampungan orang cina di terengganu yang wujud sejak lewat abad ke 19. Bangunan-bangunan kedainya memang bangunan lama yang dicat dan dijaga dengan baik.

DSCF3868

DSCF3885

 

 

Tapi yang paling best di Chinatown ni adalah street art di lorong-lorong antara blok kedai. Berwarna-warni dengan lukisan mural dan objek seperti pondok kayu, beca basikal dua, kerusi bonet kereta dan lain-lain.

DSCF3931

Tapi paling unik dan menyentuh hati adalah Lorong Penyu. Ada banyak lukisan mosaic pelbagai spesis penyu dengan plag yang mempunyai maklumat mengenai kepupusan penyu.

DSCF3920

 

Tujuannya hanya satu, menyedarkan masyarakat bahawa penyu ini sangat terancam dan bantu mereka untuk terus hidup dengan tidak makan telur penyu, tidak gunakan beg plastik, boikot cenderahati yang dibuat dari cengkerang penyu dan lain-lain usaha menyelamatkan mereka.

DSCF3933

 

4) Air Buah Pior, Kampung Tok Beng, Kuala Terengganu

DSCF3970

Haa.. dah letih jalan-jalan Chinatown, boleh ke Kampung Tok Beng, pekena pelbagai jus buah terbaik di kedai Air Buah Pior.  Kedai ini mula dibuka pada jam 5 petang.

Macam-macam jus ada kat sini. Jus tembikai, oren, mangga, kiwi, kuini, lobak, jambu, nangka dan macam-macam lagi lah. Ada pilihan nak gelas saiz kecil, sedan atau besar. Rasa jus memang terbaik. Pekat… penuh sari buah.. haaaa…

DSCF3966

 

Makanan pun ada jual di sini. Ada keropok lekor, laksam, laksa terengganu, laksa penang dan mee kari.

Keropok Lekor dia ok lah.. tapi laksa terengganu dan laksam yang saya dan kawan-kawan rasa, sederhana sahaja rasanya.

DSCF3965

DSCF3968

Kiranya kat sini lebih fokus pada kelazatan air. Saya cadang datang awal jam 5 petang tu sebab katanya kalau malam, nanti meja penuh.

 

5) Keropok Lekor BTB 2209 Bukit Tok Beng

Keropok lekor kat kedai ni memang paling popular. Siap kena ambil nombor dulu.

Saya pernah ke sini awal pagi pada hari bekerja, masa tu belum ramai orang. Jadi, tak payah ambil nombor pun. Terus beli sahaja.

Tapi untuk trip semalam, saya tak singgah sebab dah petang. Payah pula dapat nombor banyak, nak menunggu.

 

6) Muzium Kuala Terengganu

DSCF4006

Ahaa.. buat penggemar muzium,  Muzium Terengganu sememangnya sangat menarik untuk dilawati. Besar kawasannya. Ada beberapa blok bangunan setinggi sehingga 4 tingkat. Ada juga rumah-rumah tradisional, kapal-kapal pelayaran asal dan bangunan pameran yang lain.

Ia dikatakan muzium terbesar di Asia Tenggara.

DSCF4023

Tiket masuk ke dewan pameran di Blok D adalah sebanyak RM 5  untuk dewasa, RM2 kanak-kanak dan RM1 untuk pelajar sekolah berpakaian uniform.

Oleh kerana kami kesuntukan masa, kami tak dapat pusing habis.  Maklumlah besar betul kawasannya.

DSCF4018

 

7) Keropok losong

IMG_20150607_125658

Nama keropok losong berasal dari nama kampung di sini. Kampung Losong.

Masuk je ke kawasan kampung Losong ni, memang ada banyak gerai di kiri kanan jalan. Tapi kawan saya yang menetap di Kuala Terengganu kata, yang paling best adalah dari gerai Adik Beradik.

IMG_20150607_125709

Patut lah ramai betul beratur panjang di gerai tersebut. Jadi, kalau nak cepat, tak dicadangkan beratur dan menunggu sebab setiap orang bukannya beli satu atau dua paket. Berplastik-plastik besar.

Mungkin boleh beli kat gerai-gerai lain di sepanjang jalan tersebut.

 

DSCF3951

Hm.. buat masa ni LPT 2 masih percuma. Jadi kalau nak ke Kuala Terenganu, hanya perlu bayar tol sampai Jabor sahaja. Lepas tu free.

Dengarnya mulai bulan Ogos barulah kadar tol akan dikenakan di LPT2 ni. Jadi, jom serang Terengganu cepat-cepat!