Sejak semasa di sekolah, apabila saya menonton filem kantonis bertajuk A Terra Cotta Warior, saya telah memasang angan-angan ingin melihat beribu patung askar Terra Cotta dengan mata sendiri.

IMG_20140407_131328

Maka saya begitu berazam mahu ke Xi ‘An  (sebutannya lebih kurang Shi Yan) satu hari nanti untuk melawatnya. Hinggalah pada April 2014, akhirnya saya dan 2 orang kawan backpack ke Beijing, Xi ‘An, Shanghai dan Hangzhou selama 11 hari.

Nak dimudahkan perjalanan ke sana, kami bertemu sekumpulan pelajar dari Beijing di hostel yang juga mahu melawat askar buatan tanah liat ini. Mereka ajak kami ikut mereka naik bas biasa, bas berhenti-henti. Sama-sama kami sesat barat ke sana.

kami dan sekumpulan pelajar dari beijing
kami dan sekumpulan pelajar dari beijing

Hm… kewujudan dan kenapa askar ini dibuat adalah sangat misteri. Kewujudan mengenai askar ini tidak langsung tertulis dalam catatan maharaja China ataupun sebarang tulisan purba. Sedangkan di zaman pentadbiran maharaja China sejak dahulu lagi memang akan menulis banyak perkara yang berlaku.

Maka ahli arkeologi tidak dapat jawapan, kenapa askar yang berusia lebih 2,200 tahun dalam kuantiti sebegitu banyak seperti sengaja dirahsiakan?

Memang tiada siapa tahu mengenainya sehinggalah ia ditemui oleh seorang petani secara tidak sengaja pada tahun 1974. Rupanya ia wujud pada zaman pemerintahan Maharaja Qin Shi Huangdi, empayar maharaja China yang pertama.

DCIM102MEDIA

DCIM102MEDIA

Lebih 7,000 patung askar ini telah ditemui. Bersaiz manusia sebenar, mempunyai karakter, pakaian, senjata  dari pelbagai pangkat dan jawatan. Wajah setiap askar ini juga unik, setiap patung mempunyai wajah berbeza.

Begitu juga dengan patung kuda askar. Begitu tepat dibentuk hingga boleh dikenalpasti kuda dari baka mana. Hebat.

DCIM102MEDIA

DCIM102MEDIA

DCIM102MEDIA

Nama tempat ini adalah Mausoleum of the First Qin Emperor atau orang China memanggilnya sebagai Qinshihuang. Ia merupakan salah satu tapak warisan UNESCO dan sehingga kini kerja-kerja arkeologi masih berjalan. Ada 3 tapak askar terra cotta ini ditemui dan yang digali oleh ahli arkeologi. Ia dipanggil sebagai Pit1, Pit 2 dan Pit 3.

Kawan-kawan pun dah ada yang ke sana?