Semasa di Krabi baru-baru ni, kami bertemu dengan dua orang lelaki dari Malaysia di stesen keretapi Hatyai.

Ramah dan manis-manis orangnya. Rupanya, ini kali pertama mereka mengembara ke luar Malaysia.

krabi

Mereka bertanya kami, berapa bajet kami ke sana?
Jawapan saya, dalam lebih kurang RM430 saya tukarkan ke wang baht. Itulah bajet untuk pengangkutan dari Hatyai ke Aonang pergi balik, penginapan, makan dan tour yang kami ambil di sana.

Kos ini tidak termasuk bas KL ke Hatyai dan tiket keretapi Hatyai ke KL untuk perjalanan pulang.

Beliau terkejut. Dengan RM430 cukup untuk pengembaraan 4 hari 5 malam?

Kami bertanya beliau, berapa pula perbelanjaannya?

Dengan penuh muka sedih, dia memberitahu, penginapan sahaja sudah RM1200, kongsi berdua.

Oh…
Saya tidak mahu mempersoalkan bajet percutian setiap orang atau pilihan penginapan. Masing-masing berhak untuk bercuti secara backpack atau bercuti mewah.

Tapi bila melihat kekesalan orang yang baru nak belajar mengembara ke luar negara dan sebenarnya memang nak berjimat, kami di Saya Backpacker terpanggil untuk berkongsi tips asas bagaimana mengembara jimat tanpa melalui pakej pelancongan.

Kos terbesar dalam percutian atau pengembaraan adalah
1) pengangkutan ke destinasi
2) penginapan
3) kos untuk sesuatu aktiviti di destinasi tersebut
4) makan.

 

1) Kos Pengangkutan

bas laos
Untuk kos pengangkutan, jika mahu berjimat, gunakan bas ekspress atau penerbangan tambang murah. Cek di laman web penerbangan itu sendiri atau bermain klik-kliklah di laman web www.skyscanner.com atau www.kayak.com. Anda boleh muat turun apps ke handphone, jadi lebih mudah.

Cari tiket yang murah dengan bermain tarikh atau set untuk website ini emailkan kepada anda jika ada perubahan harga tambang bagi tarikh yang anda kehendaki.

Semasa backpack ke Turki, saya dan kawan ambil flight dari Singapura. Lebih murah
Semasa backpack ke Turki, saya dan kawan ambil flight dari Singapura. Lebih murah

Selain mencari tiket penerbangan dari Kuala Lumpur, pertimbangkan juga tiket yang bertolak dari Johor Bahru atau Singapura. Kadang-kala tiket penerbangan dari dua destinasi ini lebih menjimatkan. Dari KL ke JB atau Singapura pula, naik bas sahajalah.

 

2) Penginapan

Untuk anda yang bajet tercekik ni, kalau ada kawan-kawan atau saudara-mara tinggal di bandar yang anda mahu pergi, bolehlah tumpang tidur di rumah mereka sahaja. Kena pula kalau ahli keluarga terdekat pergi melanjutkan pengajian atau bekerja di sana. Apa lagi.. rebut peluanglah ni.

Penginapan percuma. Cuma bawa lah bahan makanan Malaysia ke sana untuk dimasak bersama-sama atau sebagai oleh-oleh. Misalnya pes tomyam, maggie kari, serunding, nasi himpit segera, kicap kipas udang atau apa juga bahan masakan Malaysia yang sukar diperoleh di negara tu. Pasti tuan rumah tersenyum gembira.

IMG_5441-001
Tumpang lepak rumah adik dan keluarganya semasa saya ke Jerman dan buat trip ke Eropah.

Selain tuan rumah yang kita dah kenal, boleh juga pertimbangkan untuk menumpang tidur di rumah orang lain melalui laman web www.couchsurfing.com. Laman web ini menghimpunkan individu yang suka mengembara dan yang sudi menumpangkan sofa atau bilik di rumahnya kepada pengembara.

Jangan lupa membaca review pengembara atau host itu dahulu sebelum bersetuju tinggal di rumahnya atau menerima kunjungannya. Asasnya tolong-menolong dengan percuma. Hari ini anda tumpangkan orang menumpang tidur, esok mungkin anda pula menumpang di rumah orang.

Tapi buat muslimah, seeloknya cari tuan rumah wanita juga agar memudahkan anda menjaga aurat dan pergaulan.

Jika menginap di hotel, pilihlah hostel backpacker atau hotel bajet sahaja. Tak perlu hotel berbintang-bintang. Sekiranya anda mengembara solo, berdua atau bertiga, anda boleh menginap di dorm hostel sahaja. Jika ada bajet lebih, bolehlah menginap di private room.

Ada dorm dan private room yang ada bilik air sendiri. Ada yang berkongsi bilik air di luar.
Perhatikan juga kemudahan lain seperti locker, jika dorm, tv, aircond atau hanya kipas, tuala dan wifi disediakan di bilik atau hanya di lobby.

IMG_20150127_212606

Untuk wanita, boleh cari dorm wanita. Namun di sesetengah negara membangun, dorm wanita sangat sukar ditemui atau kalau ada pun jauh lebih mahal.

Cari dan buat tempahan penginapan yang memenuhi bajet anda secara online. Antara laman web yang terkenal dan yang selalu saya gunakan adalah www.booking.com, www.agoda.com dan www.hostelbookers.com. Selain itu, laman web airbnb.com juga terkenal jika mahu menyewa satu rumah terus.

DCIM100MEDIA
Private room di sebuah hotel bajet di Medan

Namun di sesetengah tempat di Indonesia atau negara membangun, caj penginapan secara walk in atau tempah melalui telefon direct ke hostel/hotel tersebut lebih murah berbanding tempah secara online.

Semasa saya dan keluarga ke Perancis, kami menempah caravan di tapak perkhemahan sahaja. Walaupun kecil dan simple, ia jauh lebih jimat.

IMG_6819
caravan di tapak perkhemahan

 

3) Kos untuk sesuatu aktiviti di destinasi tersebut.

Kos ini termasuk kos pengangkutan ke tempat pelancongan atau tiket/caj untuk sesuatu aktiviti di destinasi tersebut. Termasuk juga tiket masuk ke muzium, taman laut atau bayaran masuk ke tapak warisan dunia.

DCIM100MEDIA
becak di Medan

Untuk yang mahu berjimat, buat kajian betul-betul berapa kadar teksi, tuk-tuk atau becak untuk ke satu-satu destinasi. Jangan sampai kena ketuk.

Jika perlu sewa bot, survey dahulu di semua pengusaha bot yang ada. Dapatkan harga terbaik. Jika harga sewa bot, pakat dengan kawan atau cari geng pengembara lain untuk berkongsi kos sewa.

Jika perlu menyewa kereta di sana, pergi dalam bilangan bertiga, berempat atau bertujuh. Ini supaya mudah anda menyewa satu kereta biasa atau satu MPV yang maksima boleh diisi oleh enam atau tujuh dewasa.

Kalau pergi berlima, serba salah. Nak sewa satu kereta tak muat. Sewa dua kereta mahal, Sewa satu MPV pun banyak kosong.

 

4) Makan

maggie Indomee dan kopi arfah
maggie Indomee dan kopi kelulut arfah

Kalau dah bajet tu, jangan la makan di restoran yang mahal. Sebaiknya bawa makanan segera dari Malaysia untuk menampung sekurang-kurangnya sarapan atau makan malam anda. Boleh bawa maggie, bubur segera, serunding dan apa juga makanan yang kami pernah kongsikan di sini —>
http://www.sayabackpacker.my/2015/04/10-makanan-malaysia-dibawa-ketika-mengembara/

Selamat mengembara jimat ya!

Untuk perkongsian pengembaraan jimat di Koh Lipe, boleh klik http://bit.ly/mahukohlipee