Selasa baru-baru ni, 16 Jun 2015, tim Saya Backpacker telah menghadiri Couchsurfer’s Open Mic Night yang dianjurkan oleh teaPODs Cafe di Brickfields.

couchsurfer gathering teapods cafe 7 (800x533)

Pertama kali dianjurkan di sini, saya nampak sambutannya sangat baik. Traveller dari Iran, Jerman, US dan Malaysia berkumpul, berkenalan, bertukar cerita dan berkongsi bakat dalam muzik dan jegga.

Ahaa….

couchsurfer gathering teapods cafe 5 (800x533)

Kagum saya traveller ni boleh buat bermain alat muzik dan buat persembahan secara spontan. Admin NAS pun sangat comel bermain gitar, harmonika dan sitar. Saya tukang snap gambar je.

couchsurfer gathering teapods cafe 8

Kami juga berkongsi pengalaman couchsurfing. Seorang traveler bernama Syazwan, dulu belajar dan tinggal di Pittsburgh, USA. Beliau banyak menjadi host dan pernah juga tumpang menginap di rumah orang lain melalui couchsurfer.com.

couchsurfer gathering teapods cafe 6 (800x533)

Pengalaman yang paling tidak dapat beliau lupa adalah apabila 3 orang tetamu yang datang tumpang menginap di rumahnya tu bertatu dan berbadan besar. Memang macam gangster.

Dia dah risau. Habislah dia kali ni..

Sekali, nak ke rumahnya tu kena naik lif. Lif tu pula dindingnya transparent. Tak disangka-sangka dua daripadanya ketakutan dalam lif tu. Rupanya gayat. aduhai…

Kebetulan juga malam tu Moji dan kawan-kawan Malaysia Backpackers Club ada makan malam di Nu Sentral. Jadi, lepas makan malam, mereka singgah dan lepak sama di teaPODs pula.

Apa lagi.. makin happening lah jadinya.

Kemuncak majlis malam tu adalah games kuiz dan jenga. Siapa salah jawab kuiz kena tarik beberapa blok kayu dari jenga nya. Siapa yang jenga nya jatuh, dia out.

Hehehe.. memang seronok melihat aksi peserta dengan strategi jenga mereka.

couchsurfer gathering teapods cafe 2 (800x533)

couchsurfer gathering teapods cafe 3 (800x533)

Kesimpulannya majlis malam ini berjaya menemukan traveller dan backpacker dari pelbagai negara dan dari pelbagai latar belakang. Berkenalan begini insya Allah akan memberi inspirasi kepada semua yang hadir.

Tahniah Wah Harun dan seluruh team teaPODs Cafe dan PODs Backpacker Hostel atas penganjuran majlis gathering ini.

IMG-20150617-WA0008
kredit foto: Adem Rono

 

couchsurfer gathering teapods cafe 10

 

couchsurfer gathering teapods cafe 9

 

couchsurfer gathering teapods cafe 1 (800x533)